Sunday, July 10, 2011

Keliru....


Keliru. Ragu-ragu. Semua ada dalam benak fikiran. Memang btul lah orang cakap, cakap senang, tapi nak mengaplikasikannya tu, alahaiiii....susah benor! Pikir punya pikir punya pikir, at last! I found something that really relieves me...

"Salam ilmu,

Membuat dan menentukan keputusan memerlukan kekuatan minda yang tajam akal dan rohani agar keputusan yang bakal dipilih akan memberikan kesan baik sama ada pada diri sendiri atau kepada pihak lain. Sebagai manusia biasa kita tak terlepas daripada masalah yang memerlukan kita membuat keputusan yang paling baik. Namun tak semudah yang diungkapkan dengan kata-kata kerana kadang-kadang keputusan yang dibuat mungkin tidak disenangi. Dalam menentukan keputusan yang diambil maka selaku umat islam kita selalulah ‘bertanya’padaNya dengan bermunajat ditengah malam kerana hidayah dariNya akan memandu kita untuk membuat keputusan yang lebih baik. Wallahuaklam..."


So TQ kpd si pemberi pendapat di atas ni. Smoga Allah permudahkan sgala urusannya, urusanku dan urusan smua orang...Amin.

p/s: Semoga keputusanku ni betul, Amin Ya Rabbala'lamin....


Wednesday, January 26, 2011

Pagi2 lagi dah dapat call dari nombor abah. "Hari ni free 1 hari, besday abah.." mak mula berbicara. "Kesian abah...tak dapat la nak rasa naik train dengan harga tiket separuh harga. Dulu dia ada cakap, tahun depan nak pi KL, boleh naik train dengan separuh harga, warga emas..."kata mak dengan sedikit ketawa, namur tawar, terlalu tawar... Sabar ya mak...=(

Hari ni, 26 Januari 2011, genaplah usia abah 60 tahun kalo umo abah masih panjang. Rasa 'ralat' plak, slalu tiba ja tarikh 26 Januari, msti cepat2 call abah, nak wish besday. Tak pun, kalo ada kat kampung, wish besday sambil cium kedua2 belah pipi, especially pipi kiri yang ada nampak sikit lesung pipit tu. Dulu abah slalu kata, senyuman abah ni manis, sebab lesung pipit, prasan btoi! Tapi hakikatnya, memang btul pun, senyuman abah memang manis, sangat manis dan paling manis! Sebab tulah senyuman tu sentiasa menjadi kerinduan kami smua....

Kepada abahku yang tercinta, Allahyarham Haji Abdul Wahab ibnu Zain, kuhadiahkan Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untukmu. Semoga rohmu tenang di sana. Amin.

"Ya Allah! Ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia, muliakanlah tempat kembalinya, luaskanlah tempat tinggalnya, dan bersihkan dia dengan air, salju, dan embun. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan atau dosa, sebagaimana bersihnya pakaian putih dari segala kotoran. Gantilah untuknya rumah yang lebih bagus dari rumahnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, isteri yang lebih baik dari isterinya, masukkanlah dia ke syurga, lindungilah dia dari siksa kubur dan fitnahnya, serta lindungilah dia dari siksa api neraka.
Ya Allah! Ampunilah kami orang-orang yang hidup, yang mati, yang menyaksikan, yang ghaib, yang kecil, yang besar, yang laki-laki, dan yang perempuan.
Ya Allah yang menghidupkan di antara kami, maka masukkanlah dia di atas golongan Islam; dan yang mematikannya di antara kami, maka matikanlah dia dengan membawa iman.
Ya Allah! Janganlah Engkau menghalangi sampainya pahalanya kepada kami, dan janganlah Engkau sesatkan kami sepeninggalnya. Dengan rahmatMu wahai Dzat yang Maha Pengasih. Segala puji bagi Allah yang menguasai seluruh alam."
Amin2 Ya Rabbala'lamin.....

Al-Fatihah!

Friday, July 16, 2010

rindu abah...T_T


Kenapa abah jawab calling, tapi langsung tak dengar suara?? Hello? Abah?? Ish! Kenapa ni, adoi..risaunya!!! Aku dah ada depan emergency room ni, tapi kenapa kelibat abah tak nampak-nampak lagi ni?? Bila call, answer, tapi tak plak dengar suara! Adoi...risaunya!!!
Ha!!! Tu dia! Dari jauh aku nampak abah jalan menuju ke sini dalam keadaan yang terlalu lemah. Aku masih ingat, time tu abah pakai baju favoritenya, kemeja batik kaler kuning air. Abah nampak kurus dan lemah sangat. Aku lari sekuat hati menuju ke arah abah. Aku pimpin dan peluk abah sekuat hati, sekuat kudrat yang aku ada. Perlahan-lahan kami jalan menuju ke bilik kecemasan tu.
"Abah sakit kat mana?" Abah diam. Aku tunjuk isyarat sakit kat dada, abah angguk!
Dalam perjalanan, aku sempat terpandang ke arah kaki abah yang kelihatan sangat pucat itu. "Abah, kenapa kaki abah pucat???" Abah hanya memandang ku sepi, tanpa tutur kata, sambil menunjukkan tangannya yang juga kelihatan pucat!!!
Sambil mengalirkan air mata, "Abah!!! Kakcik nak abah ada time konvo kakcik nanti...." Aku toleh ke arah abah, hanya senyuman yang dibalas, beserta sebuah kucupan di pipiku!
Aku tersedar!!! Kucupan dari abah yang kuterima rupanya hanyalah mimpi....
Abah!!! Kakcik rindu abah!!!!! T_T

Wednesday, July 14, 2010

Macam pelik ja?

Dari dulu lagi dah rancang dengan arwah abah nak cat rumah. Balik je kampung lepas abih study, terus ja menyuarakan pendapat untuk cat rumah, dan tak sangka rupanya abah pun ada niat yang sama. Apa lagi, macam2 jenis kaler la kuar, hijau epal la, pink la, putih la, hijau lumut la, kat dapur nak kaler ni la, kat luar nak kaler tu la, ish! macam2 idea lah! Tapi, last2, sepanjang dua minggu aku kat kampung, niat tu tinggal niat jelah, sebab asyik dok cakap, "nantilah...", "sok2 lah..", "takpalah, lain kali...". Sudahnya, selama dua minggu aku kat kampung, apa pun tak buat, betul2 rehat la orang cakap!!
Then, second time aku balik kampung, still dengan niat yang sama, nak cat rumah. Sepatutnya soknya tu, aku plan nak ikut mak dan arwah nak pi beli cat la, tapi ditakdirkan arwah jatuh sakit, so niat tu terpadam terus sehinggalah arwah kembali ke rahmatullah (al-Fatihah).
Seminggu arwah pergi, tetiba teringat niat nak cat rumah tu. Kebetulan, Abayang menyuarakan pendapat untuk cat rumah, sinonim dengan hajat arwah sebelum dia pergi. Jadi, kami anak beranak decide untuk tunaikan hajat arwah dulu. Proses cat rumah dimulakan dan diteruskan sehingga ke hari ini....(tak siap2 lagi sebab tak cukup kakitangan).
Ada satu benda aneh yang berlaku sepanjang aku dok buat aktiviti mengecat ni..hm..bukanlah nak percaya sebab takut syirik plak, tapi pelik la..maybe kebetulan kot. Cuaca sangat panas, ditambah plak dengan ketiadaan angin, makin membahang la rasa. Tengah kusyuk mengecat, aku tringat arwah, lalu aku sedekah al-Fatihah, dan tiba2 saja angin bertiup, fuh! syoknya! Tak lama lepas tu aku tringat lagi, sekali lagi aku sedekah al-Fatihah, dan serentak tu jugak angin bertiup. Mula2 biasa ja, tapi dah bayak kali jadi benda yang sama, tetiba terdetik kat hati, macam pelik ja? Even, sampai hari ni pun, still jadi benda yang sama... Kenapa eh?Nak kata kebetulan, terlampau kebetulan la plak, adeh! Entahlah! Takut nak pikir dalam2, takut menyimpang plak. Astaghfirullahala'zim.
Tapi, jauh di sudut hati, aku pasti, arwah tau aku sedang tunaikan hajatnya dulu. Semoga rohnya aman di sana...amin. al-Fatihah!

Tuesday, July 6, 2010

Perginya seorang bergelar Abah....






5 Jun 2010. Memang rasa cam berat hati je nak balik sana, tapi terpaksa gak balik sebab 'interviu' menantikan kehadiranku...so nak taknak kena la balik ke rumah sewaku itu. Sambil kemas2 beg baju malam tu, aku sempat tangkap gambar mak dan abahku, apa lagi, pose sakan la mak dengan tudung segeranya, sementara abah tanpa gigi palsunya, lucu pun ada. Esoknya tu aku pun pulang ke kl...Perasaan berat hati tu kekal sepanjang 2 minggu aku stay kat sana, sampaila aku ambik keputusan untuk pulang ke kampung tanpa pengetahuan mak dan abah, konon nak buat surprise la! So, tanggal 22 Jun 2010, maka aku pun pulang la ke kampung dengan satu perasaan yang aku rasa lega barangkali...yang aku tau, aku rasa macam tak sabaq nak jumpak mak abah aku, walhal, baru ja 2 minggu lepas aku pulang...pelik gak rasa, tapi abaikan. So, lepas maghrib aku sampai rumah, masih dengan niat nak bagi surprise, tapi naluri seorang ibu tu lagi kuat, kantoi plak...tapi takpa, boleh bagi surprise kat abah ja. Memang best sangat tengok muka abah masa tu, hepi gila anak dia balik, sambil salam cium tangan, cium kedua2 pipi, aku cakap, saja ja balik nak jenguk mak abah...abah memang hepi gila time tu, senyum memanjang, senyum, senyum dan trus tersenyum..dan rupanya itulah senyuman terakhir abah untuk kami smua...(T_T )
23 Jun 2010. Abah nampak lemah sangat2 lepas balik dari meneman kawan dia kawin, sampaikan nak buka selipar pun kena sandarkan tangan kat dinding. Masuk rumah, abah trus landing atas katil, tetiba dia cakap nak muntah. Kelam kabut kami smua masa tu, saya, kakteh, abgyang dan mak, panik! Dan badan abah semakin lemah. Sesak nafas katanya. Kami kejarkan abah ke klinik sebab tu ja yang paling dekat. Masa kat klinik tu, aku sempat curi2 masuk ke bilik emergency tu. Pulse 39, BP 90/50. Ya Allah, rendahnya..(T_T) Dari situ abah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap, seterusnya ke Hospital Seberang Jaya. Before ni, abah hanya suffer hypertension dan kencing manis. Buah pinggang plak baru ja didiagnosed bulan 5 lepas, tapi masih di tahap awal, tu pun sebelah saja yang effect. Tapi, rupa2nya, jantung abah turut lemah. Penyakit 3 serangkai! Abah langsung tak sedarkan diri...(T_T)
24 Jun 2010. Aku stay kat hospital sebab nak jaga abah. So, pagi2 lagi aku dah masuk CCU, nak ziarah abah, time tu aku prasan, ada air mata berlinang di mata abah yang terpejam tu...sedih tengok keadaan abah time tu. Ada sekali aku dengar suara abah macam merengek..kesian, maybe abah rasa sakit, sebab abah memang terkenal dengan kemanjaannya di kalangan keluargaku. Sangat manja dan sangat GARANG! Suara abah merengek tu macam nak cakap 'sakitnya'...dan tanpa kusedar, itulah suara terakhir yang aku dengar dari mulut abah...(T_T)
29 Jun 2010. Keadaan abah masih sama, tak sedar, cuma kali ni aku perasan yang mata abah kian tertutup rapat!!! mak cakap, time mak baca yasin tadi, air mata abah meleleh ke pipi...ya Allah! Abah mungkin dengar dan abah mungkin sedar, cuma jasadnya terlalu lemah untuk bergerak...dan tengah malam tu, aku, kak long, abglong dan abgteh, kami berempat stay kat luar ccu, macam before ni. Tapi malam tu kami prasan ada satu kelainan, suasana malam tu hening sangat. Orang pun tak ramai, suami yang tunggu isteri bersalin pun cuma seorang, berbeza dengan malam2 before ni. Kami plak jadi mengantuk sangat2!!!! Kami sedar akan kelainan tu, tapi mata kami macam ditarik2 untuk tidur...tanpa kami sedari bahawa malam itulah malam terakhir kami untuk jaga abah...
30 Jun 2010. Tepat pukul 5 petang aku masuk bilik ccu, betul2 time waktu melawat (5pm-7.30pm). Macam biasa, aku cium tangan abah, dan aku sedar, tangan yang aku cium tu sejuk!!! sejuk dan pucat! Kaki abah pun nampak pucat!! Ya Allah, abah kenapa? Aku keluar, diganti plak dengan sanak sedara yang lain, serta kawan2nya. Tetiba, mak panggil! Mak cakap, mak dengar doktor cakap abah collapse! Ya Allah!!! Abah!!! Kami nampak beberapa orang doktor terkejar2 ke katil abah, termasuklah seorang doktor yang juga sedaraku, MakLang (terima kasih MakLang!). Seorang doktor keluar menemui kami dan menyuruh kami bersedia. Tangisan mulai kedengaran. Sekali lagi doktor yang sama datang ke arah kami..Innalillahiwainnailaihiraaji'un... Abah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
1 Julai 2010. Abah dilahirkan pada 17 Rabiulakhir 1370, dan abah pergi pada 17 Rejab 1431. Dari katil, abah diangkat ke tempat mandi jenazah, dan seterusnya dikafankan. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa pilunya hati...jenazah abah tersenyum dan matanya tertutup rapat....abah diiringi ratusan manusia ke masjid untuk disembahyangkan dan disemadikan. Tuhan Maha Kuasa! Cuaca yang sangat panas pada mulanya tiba2 bertukar redup ketika jenazah diturunkan ke liang lahad. Angin bertiup kencang, tetapi awan gelap itu seperti langsung tidak bergerak! Bunyi cengkerik turut kedengaran, seperti turut menangisi pemergian Allahyarham Abdul Wahab ibnu Zain. Talkin mula dibaca oleh adik kandung abah sendiri, dan serentak dengan itu juga, gerimis mula bertandang...Suasana ketika itu sangat pilu dan hening...(T_T) Selesai talkin dibaca, gerimis turut berhenti...Subhanallah! Maha Suci Allah!
Seminggu abah terlantar tak sedarkan diri di wad ccu. Hari rabu abah dimasukkan ke wad, hari rabu jugalah abah dikeluarkan dari wad dengan jasad yang sudah tidak bernyawa lagi. Allah sayangkan abah, sekalipun abah hidup, abah pasti menderita sakit buah pinggang yang sudah kronik. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Kini, tiada lagi senyuman abah, tiada lagi leteran abah, tiada lagi gelak tawa dan gurauan abah, yang tinggal hanyalah kenangan..kenangan yang sentiasa bersemadi di hati sesiapa yang mengenali arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah!

Friday, June 11, 2010

Apa yang penting?? K.E.Y.A.K.I.N.A.N

Tamat sudah perjalananku 4 tahun belajar di UiTM Jalan Othman, UiTM Jln Klang Lama dan UiTM Puncak Alam (fuh, bnyknya!). Alhamdulillah....sgt2 syukur kepada Tuhan di atas segala semangat, kekuatan, kecekalan dan keteguhan hati yang telah Dia kurniakan untukku serta sahabat-sahabat yang lain. Sebelum tu, CONGRATES diucapkan untuk smua bakal graduan yang baru je cek result masing-masing, THNIAH2 walau berapa pun pointer anda!!^_^ So skarang masa untuk mencari keja!! Dush!! Pejam celik pejam celik, tak sangka dah sampai saat untuk berdepan dengan para penemuduga, hukhuk! (Tu pun kalau dah apply la..) Bercakap pasal apply keja ni, adoiii!!! Asal nak apply ja, mula la ada negative thought dalam mind nih, "buleh ke??", "ish, xpe ke?", "hm camne nanti masa interviu ramai yang akan interviu? ish takutlah!", "english tak power, boleh ke?", dan macam2 lagi la. Adoi....why? why? and why?? kenapa mesti nak berfikiran macam ni?? sampai bila nak boleh kalau tak cuba? kan? Banyak pepatah yang sesuai dengan situasi ni, "belum cuba belum tahu", kalah di dalam gelanggang lebih baik daripada kalah di luar gelanggang", "think out of box", dan macam2 lagilah...tapi masalahnya berkesan ke? Cuba tanya diri sendri, berkesan? Diri sendiri je yang tau jawapan. Sebab bila dipikir-pikirkan balik, actually hanya ada satu kata kunci saja untuk semua pepatah tu, iaitu, KEYAKINAN! Takdak benda ni, buatla apa-apa pun, confirm tak brapa nak menjadi. Nak blajaq perlukan KEYAKINAN, nak apply keja perlukan KEYAKINAN, nak gi interviu perlukan KEYAKINAN, nak pakai baju apa perlukan KEYAKINAN, even nak kunci pintu pun perlukan KEYAKINAN (sbb kalo tak, mulalah nak jadi obsessive, berulang-ulang kali dok pi check pintu kunci ke tak). So, kesimpulannya, apa yang penting?? K.E.Y.A.K.I.N.A.N

Wednesday, May 26, 2010

manusia

Bila dah nama manusia, dah tentu2 macam2 prangai, macam2 karenah, macam2 behavior ada, samada yang baik mahupun yang buruk...perangai yang baik tu kadang-kadang orang tak nmpak, sebab yang buruk tu jugakla yang menjadi perhatian si mata semua orang. haish! Bercakap pasal perangai buruk ni, macam2 kategori ada, perangai buruk yang sengaja dibuat, perangai buruk yang tak sengaja dibuat, perangai buruk yang kadang2 orang kata buruk, and ada gak yang cakap baik, entahla...masing2 punya pendapat masing2. Semua orang ada perangai buruk yang tersendiri, cuma yang bezanya, kita ni sedar or tak yang kita buat perangai buruk tu. sometimes, kita punyala dok jaga, xnak berkelakuan buruk, xnak kecilkan hati orang dengan tingkah laku kita, but still, kita tetap buat orang terasa dengan kita....kalau xsengaja and skali skala tu kira, still buleh consider lagi kan, tapi kalau dah slalu sangat bagi orang sakit hati, nak consider lagi ke?