Tuesday, July 6, 2010

Perginya seorang bergelar Abah....






5 Jun 2010. Memang rasa cam berat hati je nak balik sana, tapi terpaksa gak balik sebab 'interviu' menantikan kehadiranku...so nak taknak kena la balik ke rumah sewaku itu. Sambil kemas2 beg baju malam tu, aku sempat tangkap gambar mak dan abahku, apa lagi, pose sakan la mak dengan tudung segeranya, sementara abah tanpa gigi palsunya, lucu pun ada. Esoknya tu aku pun pulang ke kl...Perasaan berat hati tu kekal sepanjang 2 minggu aku stay kat sana, sampaila aku ambik keputusan untuk pulang ke kampung tanpa pengetahuan mak dan abah, konon nak buat surprise la! So, tanggal 22 Jun 2010, maka aku pun pulang la ke kampung dengan satu perasaan yang aku rasa lega barangkali...yang aku tau, aku rasa macam tak sabaq nak jumpak mak abah aku, walhal, baru ja 2 minggu lepas aku pulang...pelik gak rasa, tapi abaikan. So, lepas maghrib aku sampai rumah, masih dengan niat nak bagi surprise, tapi naluri seorang ibu tu lagi kuat, kantoi plak...tapi takpa, boleh bagi surprise kat abah ja. Memang best sangat tengok muka abah masa tu, hepi gila anak dia balik, sambil salam cium tangan, cium kedua2 pipi, aku cakap, saja ja balik nak jenguk mak abah...abah memang hepi gila time tu, senyum memanjang, senyum, senyum dan trus tersenyum..dan rupanya itulah senyuman terakhir abah untuk kami smua...(T_T )
23 Jun 2010. Abah nampak lemah sangat2 lepas balik dari meneman kawan dia kawin, sampaikan nak buka selipar pun kena sandarkan tangan kat dinding. Masuk rumah, abah trus landing atas katil, tetiba dia cakap nak muntah. Kelam kabut kami smua masa tu, saya, kakteh, abgyang dan mak, panik! Dan badan abah semakin lemah. Sesak nafas katanya. Kami kejarkan abah ke klinik sebab tu ja yang paling dekat. Masa kat klinik tu, aku sempat curi2 masuk ke bilik emergency tu. Pulse 39, BP 90/50. Ya Allah, rendahnya..(T_T) Dari situ abah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap, seterusnya ke Hospital Seberang Jaya. Before ni, abah hanya suffer hypertension dan kencing manis. Buah pinggang plak baru ja didiagnosed bulan 5 lepas, tapi masih di tahap awal, tu pun sebelah saja yang effect. Tapi, rupa2nya, jantung abah turut lemah. Penyakit 3 serangkai! Abah langsung tak sedarkan diri...(T_T)
24 Jun 2010. Aku stay kat hospital sebab nak jaga abah. So, pagi2 lagi aku dah masuk CCU, nak ziarah abah, time tu aku prasan, ada air mata berlinang di mata abah yang terpejam tu...sedih tengok keadaan abah time tu. Ada sekali aku dengar suara abah macam merengek..kesian, maybe abah rasa sakit, sebab abah memang terkenal dengan kemanjaannya di kalangan keluargaku. Sangat manja dan sangat GARANG! Suara abah merengek tu macam nak cakap 'sakitnya'...dan tanpa kusedar, itulah suara terakhir yang aku dengar dari mulut abah...(T_T)
29 Jun 2010. Keadaan abah masih sama, tak sedar, cuma kali ni aku perasan yang mata abah kian tertutup rapat!!! mak cakap, time mak baca yasin tadi, air mata abah meleleh ke pipi...ya Allah! Abah mungkin dengar dan abah mungkin sedar, cuma jasadnya terlalu lemah untuk bergerak...dan tengah malam tu, aku, kak long, abglong dan abgteh, kami berempat stay kat luar ccu, macam before ni. Tapi malam tu kami prasan ada satu kelainan, suasana malam tu hening sangat. Orang pun tak ramai, suami yang tunggu isteri bersalin pun cuma seorang, berbeza dengan malam2 before ni. Kami plak jadi mengantuk sangat2!!!! Kami sedar akan kelainan tu, tapi mata kami macam ditarik2 untuk tidur...tanpa kami sedari bahawa malam itulah malam terakhir kami untuk jaga abah...
30 Jun 2010. Tepat pukul 5 petang aku masuk bilik ccu, betul2 time waktu melawat (5pm-7.30pm). Macam biasa, aku cium tangan abah, dan aku sedar, tangan yang aku cium tu sejuk!!! sejuk dan pucat! Kaki abah pun nampak pucat!! Ya Allah, abah kenapa? Aku keluar, diganti plak dengan sanak sedara yang lain, serta kawan2nya. Tetiba, mak panggil! Mak cakap, mak dengar doktor cakap abah collapse! Ya Allah!!! Abah!!! Kami nampak beberapa orang doktor terkejar2 ke katil abah, termasuklah seorang doktor yang juga sedaraku, MakLang (terima kasih MakLang!). Seorang doktor keluar menemui kami dan menyuruh kami bersedia. Tangisan mulai kedengaran. Sekali lagi doktor yang sama datang ke arah kami..Innalillahiwainnailaihiraaji'un... Abah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
1 Julai 2010. Abah dilahirkan pada 17 Rabiulakhir 1370, dan abah pergi pada 17 Rejab 1431. Dari katil, abah diangkat ke tempat mandi jenazah, dan seterusnya dikafankan. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa pilunya hati...jenazah abah tersenyum dan matanya tertutup rapat....abah diiringi ratusan manusia ke masjid untuk disembahyangkan dan disemadikan. Tuhan Maha Kuasa! Cuaca yang sangat panas pada mulanya tiba2 bertukar redup ketika jenazah diturunkan ke liang lahad. Angin bertiup kencang, tetapi awan gelap itu seperti langsung tidak bergerak! Bunyi cengkerik turut kedengaran, seperti turut menangisi pemergian Allahyarham Abdul Wahab ibnu Zain. Talkin mula dibaca oleh adik kandung abah sendiri, dan serentak dengan itu juga, gerimis mula bertandang...Suasana ketika itu sangat pilu dan hening...(T_T) Selesai talkin dibaca, gerimis turut berhenti...Subhanallah! Maha Suci Allah!
Seminggu abah terlantar tak sedarkan diri di wad ccu. Hari rabu abah dimasukkan ke wad, hari rabu jugalah abah dikeluarkan dari wad dengan jasad yang sudah tidak bernyawa lagi. Allah sayangkan abah, sekalipun abah hidup, abah pasti menderita sakit buah pinggang yang sudah kronik. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Kini, tiada lagi senyuman abah, tiada lagi leteran abah, tiada lagi gelak tawa dan gurauan abah, yang tinggal hanyalah kenangan..kenangan yang sentiasa bersemadi di hati sesiapa yang mengenali arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah!

3 comments:

  1. Sabarlah adilah.
    Dugaan datang macam2 rupa.
    Takziah.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. semoga roh allahyarham tenang dan damai di sana.. hidup dan mati ketentuan Ilahi..insyaAllah.. aku doakan semoga semua nya sejahtera di sana.. amiin..

    ReplyDelete
  3. smoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman, amin....al-Fatihah

    ReplyDelete