Friday, June 11, 2010

Apa yang penting?? K.E.Y.A.K.I.N.A.N

Tamat sudah perjalananku 4 tahun belajar di UiTM Jalan Othman, UiTM Jln Klang Lama dan UiTM Puncak Alam (fuh, bnyknya!). Alhamdulillah....sgt2 syukur kepada Tuhan di atas segala semangat, kekuatan, kecekalan dan keteguhan hati yang telah Dia kurniakan untukku serta sahabat-sahabat yang lain. Sebelum tu, CONGRATES diucapkan untuk smua bakal graduan yang baru je cek result masing-masing, THNIAH2 walau berapa pun pointer anda!!^_^ So skarang masa untuk mencari keja!! Dush!! Pejam celik pejam celik, tak sangka dah sampai saat untuk berdepan dengan para penemuduga, hukhuk! (Tu pun kalau dah apply la..) Bercakap pasal apply keja ni, adoiii!!! Asal nak apply ja, mula la ada negative thought dalam mind nih, "buleh ke??", "ish, xpe ke?", "hm camne nanti masa interviu ramai yang akan interviu? ish takutlah!", "english tak power, boleh ke?", dan macam2 lagi la. Adoi....why? why? and why?? kenapa mesti nak berfikiran macam ni?? sampai bila nak boleh kalau tak cuba? kan? Banyak pepatah yang sesuai dengan situasi ni, "belum cuba belum tahu", kalah di dalam gelanggang lebih baik daripada kalah di luar gelanggang", "think out of box", dan macam2 lagilah...tapi masalahnya berkesan ke? Cuba tanya diri sendri, berkesan? Diri sendiri je yang tau jawapan. Sebab bila dipikir-pikirkan balik, actually hanya ada satu kata kunci saja untuk semua pepatah tu, iaitu, KEYAKINAN! Takdak benda ni, buatla apa-apa pun, confirm tak brapa nak menjadi. Nak blajaq perlukan KEYAKINAN, nak apply keja perlukan KEYAKINAN, nak gi interviu perlukan KEYAKINAN, nak pakai baju apa perlukan KEYAKINAN, even nak kunci pintu pun perlukan KEYAKINAN (sbb kalo tak, mulalah nak jadi obsessive, berulang-ulang kali dok pi check pintu kunci ke tak). So, kesimpulannya, apa yang penting?? K.E.Y.A.K.I.N.A.N