Wednesday, July 14, 2010

Macam pelik ja?

Dari dulu lagi dah rancang dengan arwah abah nak cat rumah. Balik je kampung lepas abih study, terus ja menyuarakan pendapat untuk cat rumah, dan tak sangka rupanya abah pun ada niat yang sama. Apa lagi, macam2 jenis kaler la kuar, hijau epal la, pink la, putih la, hijau lumut la, kat dapur nak kaler ni la, kat luar nak kaler tu la, ish! macam2 idea lah! Tapi, last2, sepanjang dua minggu aku kat kampung, niat tu tinggal niat jelah, sebab asyik dok cakap, "nantilah...", "sok2 lah..", "takpalah, lain kali...". Sudahnya, selama dua minggu aku kat kampung, apa pun tak buat, betul2 rehat la orang cakap!!
Then, second time aku balik kampung, still dengan niat yang sama, nak cat rumah. Sepatutnya soknya tu, aku plan nak ikut mak dan arwah nak pi beli cat la, tapi ditakdirkan arwah jatuh sakit, so niat tu terpadam terus sehinggalah arwah kembali ke rahmatullah (al-Fatihah).
Seminggu arwah pergi, tetiba teringat niat nak cat rumah tu. Kebetulan, Abayang menyuarakan pendapat untuk cat rumah, sinonim dengan hajat arwah sebelum dia pergi. Jadi, kami anak beranak decide untuk tunaikan hajat arwah dulu. Proses cat rumah dimulakan dan diteruskan sehingga ke hari ini....(tak siap2 lagi sebab tak cukup kakitangan).
Ada satu benda aneh yang berlaku sepanjang aku dok buat aktiviti mengecat ni..hm..bukanlah nak percaya sebab takut syirik plak, tapi pelik la..maybe kebetulan kot. Cuaca sangat panas, ditambah plak dengan ketiadaan angin, makin membahang la rasa. Tengah kusyuk mengecat, aku tringat arwah, lalu aku sedekah al-Fatihah, dan tiba2 saja angin bertiup, fuh! syoknya! Tak lama lepas tu aku tringat lagi, sekali lagi aku sedekah al-Fatihah, dan serentak tu jugak angin bertiup. Mula2 biasa ja, tapi dah bayak kali jadi benda yang sama, tetiba terdetik kat hati, macam pelik ja? Even, sampai hari ni pun, still jadi benda yang sama... Kenapa eh?Nak kata kebetulan, terlampau kebetulan la plak, adeh! Entahlah! Takut nak pikir dalam2, takut menyimpang plak. Astaghfirullahala'zim.
Tapi, jauh di sudut hati, aku pasti, arwah tau aku sedang tunaikan hajatnya dulu. Semoga rohnya aman di sana...amin. al-Fatihah!

No comments:

Post a Comment