"Salam ilmu,
Membuat dan menentukan keputusan memerlukan kekuatan minda yang tajam akal dan rohani agar keputusan yang bakal dipilih akan memberikan kesan baik sama ada pada diri sendiri atau kepada pihak lain. Sebagai manusia biasa kita tak terlepas daripada masalah yang memerlukan kita membuat keputusan yang paling baik. Namun tak semudah yang diungkapkan dengan kata-kata kerana kadang-kadang keputusan yang dibuat mungkin tidak disenangi. Dalam menentukan keputusan yang diambil maka selaku umat islam kita selalulah ‘bertanya’padaNya dengan bermunajat ditengah malam kerana hidayah dariNya akan memandu kita untuk membuat keputusan yang lebih baik. Wallahuaklam..."
So TQ kpd si pemberi pendapat di atas ni. Smoga Allah permudahkan sgala urusannya, urusanku dan urusan smua orang...Amin.
p/s: Semoga keputusanku ni betul, Amin Ya Rabbala'lamin....